SELAMAT TAHUN BARU 2014

Sepatah Kata

Salam untuk pengunjung blog yang dihormati.

Blog Majlis Guru Besar Negeri Sembilan ini dicipta untuk menggantikan blog lama (www.mgbnegerisembilan.com) yang telah ekpired disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Dengan blog baru ini (www.mgbnegerisembilan.blogspot.com), segala maklumat dan berita terbaru berkaitan Majlis Guru Besar Negeri Sembilan akan dipaparkan melalui blog atau laman sesawang yang sedang anda semua layari ini.

Saya sebagai admin blog ini dan bagi pihak Majlis Guru Besar Negeri Sembilan memohon ribuan maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul disebabkan rakan-rakan  dan semua pengunjung blog yang tidak  boleh lagi mengekses blog lama yang mungkin mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh tuan/puan. 

Sebagai admin blog ini, saya berjanjikan akan menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kerjaya kita sebagai  pentadbir di sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan. Segala maklumat terbaru berkaitan kerjaya kita akan saya uploadkan melalui blog baru ini. Tuan/puan hanya perlu melayari blog ini sekerap yang mungkin untuk mengetahui segala berita dan perkembangan terbaru.

Terima kasih,
Norman Zainal.


No comments: