Salam kepada semua rakan Guru Besar seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.
Seperti yang tuan/puan maklum, Majlis Guru Besar Negeri Sembilan telah mengusahakan Soalan Modul Latihan untuk bulan Mei dan Pra UPSR 2014. Untuk makluman tuan/puan, set-set Soalan yang merangkumi matapelajaran utama semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan adalah pada peringkat akhir pembinaannya.
Pada 12 dan 13 Mac yang lepas, kami seramai 16 orang dari Jawatan Kuasa MGB Negeri Sembilan telah melakukan Proof Reading di Seri Costa, Melaka sebelum soalan-soalan tersebut dicetak oleh pencetak yang terpilih.
Sebenarnya kerja-kerja untuk membina item-item soalan ini bukanlah perkara yang mudah. Kami telah mulakan tugas-tugas membina item soalan ini bermula dari awal Januari yang lepas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Port Dickson.
Pada peringkat awalnya, kami berkampung selama 3 hari 2 malam khusus untuk memurnikan soalan-soalan yang dibena oleh ahli panel (yang turut serta berkampung). Kemudian, kami berkampung lagi selama 3 hari dua malam pada bulan Februari di tempat yang sama untuk proses QC soalan-soalan tersebut. Namun 3 hari dua malam itu tidak cukup untuk kami membuat QC. Kami sambung lagi selama 2 hari di Seri Menanti Resort.
Oleh itu, tugas dan kerja-kerja membina item soalan ini bukanlah satu tugas yang senang terutama bila nak buat QC khususnya untuk soalan matematik dan sains. Kedua-dua subjek ini masih dalam dwi bahasa. Pelbagai sudut perlu diberi perhatian terutama dari segi content, bahasa, pengganggu, agihan jawapan dan memastikan ia mengikut JSU yang disediakan pada peringkat awal.
Kepada rakan-rakan yang telah membuat pesanan, kami Jawatankuasa MGB Negeri Sembilan, mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan.
Untuk makluman, Peperiksaan Pertengahan tahun 2014 adalah pada 20, 21 dan 22 Mei 2014. Tuan-tuan akan dimaklumkan masa dan tempat pengambilan soalan. Seberang pertanyaan boleh hubungi En. Norman di talian 019-4268989.
Terima kasih.