SELAMAT TAHUN BARU 2014

Wednesday, January 15, 2014

Program Pembinaan Item Latihan UPSR 2014

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul pada rakan-rakan yang beragama Islam walau telah terlewat sehari. Namun begitu, yang penting sekali bagi kita adalah mencontohi dan mentaladani kepimpinan Muhamad Rasullah dalam kepimpinannya.

Sebenarnya melalui entri kali ini, saya hanya ingin maklumkan kepada semua rakan guru besar bahawa Majlis Guru Besar Negeri Sembilan memulakan inisiatif pembinaan modul soalan latihan khusus untuk calon UPSR 2014 ini untuk semua Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan. Dato Pengarah kita, Yang Berbahgia Dato Hjh Kalsom Khalid telah bersetuju dalam ucapan beliau di Perasmian Persidangan Tahunan MGB Negeri Sembilan pada bulan Ogos tahun lepas. (Tahniah kepada Yang Berbahgia Dato kerana dianugerahkan gelaran Dato)

Untuk makluman rakan guru besar sekelian, dua kali pertemuan dan perbincangan antara Exco dan Ahli Panel Pembina Item untuk membincangkan program ini. Seramai 65 orang ahli panel termasuk 18 orang Exco MGB Negeri Sembilan telah terlibat dalam program ini. 

Dijangkakan, pertemua ketiga ahli panel ini adalah pada 21, 22 dan 23 Januari 2014 ini di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Port Dickson. 
   
Kepada rakan-rakan Guru Besar di seluruh Negeri Sembilan, marilah kita bersama menyokong penuh program ini untuk memastikan pencapaian UPSR 2014 Negeri Sembilan tetap berada pada tahap Top 3 di Peringkat Kebangsaan.

Tuan-tuan boleh membuat pesanan melalui Setiausaha MGB Negeri Sembilan, Sekolah Kebangsaan Pulapah, 72120 Bandar Seri Jempol. 

Sebenarnya semua Borang Pesanan telah diemailkan ke Setiausaha Daerah masing-masing. Mintalah Borang pesanan tersebut pada Setiausaha masing-masing. Sebarang pertanyaan, tuan boleh hubungi saya di No 019-4268989 atau emailkan ke nbzonline@gmail.com

Admin.