Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia untuk semua pengunjung Blog MGB Negeri Sembilan khususnya Guru-Guru Besar Negeri Sembilan.
Terlebih dahulu Majlis Guru Besar memohon maaf kerana telah agak lama blog MGB Negeri Sembilan ini tidak diupdate. Sudah tentulah banyak berita dan perkembangan terbaru berkaitan Guru Besar Negeri Sembilan yang tuan/puan terlepas. Mohon maaf.
Terlebih dahulu saya bagi pihak Majlis Guru Besar mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 2014. Semasa posting ini ditulis, hanya dua hari lagi kita akan menyambut Tahun 2014 dan meninggalkan tahun 2013. Kalau hendak dihitung dan dikira, banyak juga perkara yang telah kita buat sepanjang tahun 2013. Walaupun sebahagian darinya, kita teruskan atau dibawa ke tahun 2014.
Sebagai Guru Besar, komitmen kita bukan sahaja di sekolah yang kita terajui. Komitmen kita juga diperlukan di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Malysia. Seperti yang dikatakan peringkat awal posting ini, apa yang kita buat dan kita lakukan sebagai Guru Besar sebenarnya amat banyak dan tugas kita ini berterusan dari tahun berganti tahun. Di samping tugas-tugas yang telah sedia ada kita akan terus dibebankan dengan tugas baru dari setahun ke setahun. Namun begitu sebagai guru besar, bila kita telah menandatangan tanda setuju menerima tugas sebagai Guru Besar, maka dalam kamus kehidupn kita telah tiada perkataa TIDAK lagi. Maknanya, apa sahaja tugas dan arahan yang diberikan kepada kita kita mesti laksanakan sebaik yang mungkin.
Sebagai Guru Besar, kita perlu bijak untuk melaksanakan segala tugas dan arahan yang diberikan kepada kita. Buat perancangan rapi di awal tahun dan agihkan tugas yang telah dirancang itu kepada GPK dan guru secara saksama. Memang tidak dapat dinafikan, ada sekolah kecil yang mempunyai bilangan Guru dan Kakitangan yang sangat terhad berbanding program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan.
Namun begitu, inilah masanya kita menggunakan segala pengalaman dan kebijaksanaan kita untuk memastikan segala program dan aktiviti utama dilaksanakan sebaik mungkin. Sebagai sebuah sekolah kecil, tidak semestinya kita hendak buat atau laksanakan semua aktiviti atau program seperti sebuah sekolah besar yang mempunyai ramai guru dan kakitangan. Kita hanya perlu buat sesuatu program atau aktiviti mengikut kemampuan kita yang bergantung kepada bilangan guru dan kakitangan kita.
Walaubagaimanapun, aktiviti utama seperti PdP hendaklah dilaksanakan sepenuhnya tanpa kompromi lansung. PdP adalah aktiviti utama di sekolah. Murid Perlu belajar dan Guru mesti mengajar tanpa mengira sebuah sekolah itu kecil atau besar. Hanya aktiviti permainan dan aktiviti kokurikulum yang lain, yang mungkin kita boleh hadkan mengikut kemambuat bilangan guru dan katitangan kita. Itupun, kita tidak boleh lari dari memastikan setiap pelajar kita menyertai sekurang-kurang 1 permainan dan 1 Sukan untuk mematuhi Dasar 1M1S.
Majlis Guru Besar Negeri Sembilan sentiasa menyokong apa sahaja program yang dilaksanakan di Sekolah Rendah di seluruh Negeri Sembilan khususnya. Kami Jawatankuasa MGB Negeri Sembilan akan melaksanakan pelbagai program pada tahun 2014 ini. Antara program yang akan kami laksanakan khususnya bagi meningkatkan pencapaian UPSR tahun 2014 ialah dengan membina modul-modul soalan latihan untuk memantapkan persediaan pelajar menghadapi UPSR tahun 2014.
Untuk memastikan program ini berjalan lancar, kami memohon semua guru besar di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di seluruh Negeri Sembilan, agar memberikan kerjasama sepenuhnya. Surat dari Setiausaha Majlis Guru Besar Negeri Sembilan, telah dihantar kepada semua sekolah memohon agar Guru Besar menyatakan bilangan calon UPSR dan bilangan tempahan Modul Soalan.
Untuk makluman tuan/puan, kami Jawatankuasa MGB Negeri Sembilan telah mengadakan 2 kali mesyuarat berhubung perkara ini. Dan barisan pembina item soalan kita telah memulakan tugas masing-masing sejak awal Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2013 lagi. Oleh itu mohon semua Guru Besar, berilah kerjasama sebaik mungkin untuk memastikan Keputusan UPSR Nageri Sembilan terus berada 5 Teratas di Malaysia. Dan kalau boleh kita mahu merasakan pula tempat pertama di Malaysia pada Tahun 2014...
Terima kasih.