SELAMAT TAHUN BARU 2014

Thursday, March 13, 2014

Modul Latihan Bulan Mei dan Pra UPSR 2014

Salam kepada semua rakan Guru Besar seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seperti yang tuan/puan maklum, Majlis Guru Besar Negeri Sembilan telah mengusahakan Soalan Modul Latihan untuk bulan Mei dan Pra UPSR 2014. Untuk makluman tuan/puan, set-set Soalan yang merangkumi  matapelajaran utama semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan adalah pada peringkat akhir pembinaannya.

Pada 12 dan 13 Mac yang lepas, kami seramai 16 orang dari Jawatan Kuasa MGB Negeri Sembilan telah melakukan Proof Reading di Seri Costa, Melaka sebelum soalan-soalan tersebut dicetak oleh pencetak yang terpilih.








Sebenarnya kerja-kerja untuk membina item-item soalan ini bukanlah perkara yang mudah. Kami telah mulakan tugas-tugas membina item soalan ini bermula dari awal Januari yang lepas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Port Dickson. 

Pada peringkat awalnya, kami berkampung selama 3 hari 2 malam khusus untuk memurnikan soalan-soalan yang dibena oleh ahli panel (yang turut serta berkampung). Kemudian, kami berkampung lagi selama 3 hari dua malam pada bulan Februari di tempat yang sama untuk proses QC soalan-soalan tersebut. Namun 3 hari dua malam itu tidak cukup untuk kami membuat QC. Kami sambung lagi selama 2 hari di Seri Menanti Resort.

Oleh itu, tugas dan kerja-kerja membina item soalan ini bukanlah satu tugas yang senang terutama bila nak buat QC khususnya untuk soalan matematik dan sains. Kedua-dua subjek ini masih dalam dwi bahasa. Pelbagai sudut perlu diberi perhatian terutama dari segi content, bahasa, pengganggu, agihan jawapan dan memastikan ia mengikut JSU yang disediakan pada peringkat awal.

Kepada rakan-rakan yang telah membuat pesanan, kami Jawatankuasa MGB Negeri Sembilan, mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan.

Untuk makluman, Peperiksaan Pertengahan tahun 2014 adalah pada 20, 21 dan 22 Mei 2014. Tuan-tuan akan dimaklumkan masa dan tempat pengambilan soalan. Seberang pertanyaan boleh hubungi En. Norman di talian 019-4268989.

Terima kasih.

Wednesday, January 15, 2014

Program Pembinaan Item Latihan UPSR 2014

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul pada rakan-rakan yang beragama Islam walau telah terlewat sehari. Namun begitu, yang penting sekali bagi kita adalah mencontohi dan mentaladani kepimpinan Muhamad Rasullah dalam kepimpinannya.

Sebenarnya melalui entri kali ini, saya hanya ingin maklumkan kepada semua rakan guru besar bahawa Majlis Guru Besar Negeri Sembilan memulakan inisiatif pembinaan modul soalan latihan khusus untuk calon UPSR 2014 ini untuk semua Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan. Dato Pengarah kita, Yang Berbahgia Dato Hjh Kalsom Khalid telah bersetuju dalam ucapan beliau di Perasmian Persidangan Tahunan MGB Negeri Sembilan pada bulan Ogos tahun lepas. (Tahniah kepada Yang Berbahgia Dato kerana dianugerahkan gelaran Dato)

Untuk makluman rakan guru besar sekelian, dua kali pertemuan dan perbincangan antara Exco dan Ahli Panel Pembina Item untuk membincangkan program ini. Seramai 65 orang ahli panel termasuk 18 orang Exco MGB Negeri Sembilan telah terlibat dalam program ini. 

Dijangkakan, pertemua ketiga ahli panel ini adalah pada 21, 22 dan 23 Januari 2014 ini di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Port Dickson. 
   
Kepada rakan-rakan Guru Besar di seluruh Negeri Sembilan, marilah kita bersama menyokong penuh program ini untuk memastikan pencapaian UPSR 2014 Negeri Sembilan tetap berada pada tahap Top 3 di Peringkat Kebangsaan.

Tuan-tuan boleh membuat pesanan melalui Setiausaha MGB Negeri Sembilan, Sekolah Kebangsaan Pulapah, 72120 Bandar Seri Jempol. 

Sebenarnya semua Borang Pesanan telah diemailkan ke Setiausaha Daerah masing-masing. Mintalah Borang pesanan tersebut pada Setiausaha masing-masing. Sebarang pertanyaan, tuan boleh hubungi saya di No 019-4268989 atau emailkan ke nbzonline@gmail.com

Admin.

Sunday, December 29, 2013

Selamat Tahun Baru 2014.

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia untuk semua pengunjung Blog MGB Negeri Sembilan khususnya Guru-Guru Besar Negeri Sembilan.

Terlebih dahulu Majlis Guru Besar memohon maaf kerana telah agak lama blog MGB Negeri Sembilan ini tidak diupdate. Sudah tentulah banyak berita dan perkembangan terbaru berkaitan Guru Besar Negeri Sembilan yang tuan/puan terlepas. Mohon maaf.


Terlebih dahulu saya bagi pihak Majlis Guru Besar mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 2014. Semasa posting ini ditulis, hanya dua hari lagi kita akan menyambut Tahun 2014 dan meninggalkan tahun 2013. Kalau hendak dihitung dan dikira, banyak juga perkara yang telah kita buat sepanjang tahun 2013. Walaupun sebahagian darinya, kita teruskan atau dibawa ke tahun 2014.

Sebagai Guru Besar, komitmen kita bukan sahaja di sekolah yang kita terajui. Komitmen kita juga diperlukan di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Malysia. Seperti yang dikatakan peringkat awal posting ini, apa yang kita buat dan kita lakukan sebagai Guru Besar sebenarnya amat banyak dan tugas kita ini berterusan dari tahun berganti tahun.  Di samping tugas-tugas yang telah sedia ada kita akan terus dibebankan dengan tugas baru dari setahun ke setahun. Namun begitu sebagai guru besar, bila kita telah menandatangan tanda setuju menerima tugas sebagai Guru Besar, maka dalam kamus kehidupn kita telah tiada perkataa TIDAK lagi. Maknanya, apa sahaja tugas dan arahan yang diberikan kepada kita kita mesti laksanakan sebaik yang mungkin.

Sebagai Guru Besar, kita perlu bijak untuk melaksanakan segala tugas dan arahan yang diberikan kepada kita. Buat perancangan rapi di awal tahun dan agihkan tugas yang telah dirancang itu kepada GPK dan guru secara saksama. Memang tidak dapat dinafikan, ada sekolah kecil yang mempunyai bilangan Guru dan Kakitangan yang sangat terhad berbanding program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan. 

Namun begitu, inilah masanya kita menggunakan segala pengalaman dan kebijaksanaan kita untuk memastikan segala program dan aktiviti utama dilaksanakan sebaik mungkin. Sebagai sebuah sekolah kecil, tidak semestinya kita hendak buat atau laksanakan semua aktiviti atau program seperti sebuah sekolah besar yang mempunyai ramai guru dan kakitangan. Kita hanya perlu buat sesuatu program atau aktiviti mengikut kemampuan kita yang bergantung kepada bilangan guru dan kakitangan kita. 

Walaubagaimanapun, aktiviti utama seperti PdP hendaklah dilaksanakan sepenuhnya tanpa kompromi lansung. PdP adalah aktiviti utama di sekolah. Murid Perlu belajar dan Guru mesti mengajar tanpa mengira sebuah sekolah itu kecil atau besar. Hanya aktiviti permainan dan aktiviti kokurikulum yang lain, yang mungkin kita boleh hadkan mengikut kemambuat bilangan guru dan katitangan kita. Itupun, kita tidak boleh lari dari memastikan setiap pelajar kita menyertai sekurang-kurang 1 permainan dan 1 Sukan untuk mematuhi Dasar 1M1S.

Majlis Guru Besar Negeri Sembilan sentiasa menyokong apa sahaja program yang dilaksanakan di Sekolah Rendah di seluruh Negeri Sembilan khususnya. Kami Jawatankuasa MGB Negeri Sembilan akan melaksanakan pelbagai program pada tahun 2014 ini. Antara program yang akan kami laksanakan khususnya bagi meningkatkan pencapaian UPSR tahun 2014 ialah dengan membina modul-modul soalan latihan untuk memantapkan persediaan pelajar menghadapi UPSR tahun 2014.

Untuk memastikan program ini berjalan lancar, kami memohon semua guru besar di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di seluruh Negeri Sembilan, agar memberikan kerjasama sepenuhnya. Surat dari Setiausaha Majlis Guru Besar Negeri Sembilan, telah dihantar kepada semua sekolah memohon agar Guru Besar menyatakan bilangan calon UPSR dan bilangan tempahan Modul Soalan.

Untuk makluman tuan/puan, kami Jawatankuasa MGB Negeri Sembilan telah mengadakan 2 kali mesyuarat berhubung perkara ini. Dan barisan pembina item soalan kita telah memulakan tugas masing-masing sejak awal Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2013 lagi. Oleh itu mohon semua Guru Besar, berilah kerjasama sebaik mungkin untuk memastikan Keputusan UPSR Nageri Sembilan terus berada 5 Teratas di Malaysia. Dan kalau boleh kita mahu merasakan pula tempat pertama di Malaysia pada Tahun 2014...

Terima kasih.






Monday, June 24, 2013

Hari Ke 2 di Kota Kinabalu


Hari ini 24 Jun 2013 telah masuk hari kedua Persidangan Pendidikan Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun di Semenanjung, keadaan jerubu semakin teruk malahan banyak sekolah di arahkan tutup terutama di negeri-negeri pantai barat, di Kota Kinabalu ini keadaan jerubu tidaklah teruk sangat walaupun bacaan ipu telah pada paras menjejaskan kesihatan terutama yang telah sedia ada masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

Namun begitu, kami di sini tidak terlibat dengan aktiviti luar. Hampir semua aktiviti kami adalah di dalam dewan dan tidak melibatkan aktiviti luar. Mungkin selepas jam 4.30 petang ini mungkin sebahagian kami akan 'merayau' terutama di pasar Filifina...

sebelum jam 8.00, sebahagian kami telah menunggu di dalam dewan

YDP Tuan Haji Kamarolzaman dan isteri, mengambil kesempatan bergambar sebelum slot pertama hari ini

beberapa orang rakan berbincang semasa rehat

Tn. Haji Kamarolzaman semasa mempengerusikan slot Dr. Shukri Zain

Pada sebelah petangnya, persidangan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Program hari ini tamat jam 4.30 petang. Selesai sahaja slot petang ini, nampaknya sebahagian besar perwakilan bertebaran ke Kota Kinabalu, meninjau Pasar Filifina. Kebanyakan kami menaiki teksi dengan sewaan RM15 dari Ming Garden Hotel ke Kota Kinabalu.

Sunday, June 23, 2013

MGB Negeri Sembilan Menghadiri Konvensyen Kebangsaan.

Seperti yang dimaklumkan, MGB Negeri Sembilan dengan diwakili oleh 20 orang wakil telah bertolak ke Kota Kinabalu Sabah dengan mengenaiki Pesawat Air Asia pada jam 12.45 tengah hari tadi. Kumpulan Majlis Guru Besar Negeri Sembilan yang diketuai oleh Tuan Haji Kamarolzaman ini telah bertolah dari Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior pada jam 10 pagi sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.

beberapa peserta termasuk penulis menunggu penerbangan

dalam pesawat Air Asia

Cik. Hjh Noor Fadilah

berjalan keluar dari pesawat Airasia setibanya di Kota Kinabalu

Lebih kurang jam 3.30 ptg, rombongan kami sampai di Labangan Antara Bangsa Kota Kinabalu. Setibanyanya di Kota Kinabalu, kami disambut oleh beberapa orang wakil tuan rumah untuk membawa ke penginapan kami di Hotel Ming Garden.
En. Simon, menunggu kami di Kota Kinabalu.

Sewaktu kami sampai di Hotel Ming Garden, kami dapati beberapa perwakilan dari Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah sampai. Namun ada juga perwakilan yang belum sampai. 
Semasa menunggu pendaftaran di Ming Garden Hotel

mengira wang pembayaran hotel
Program pertama kami di Konvensyen ini ialah Ucap Utama oleh Timbalan Pengarah Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program hari pertama ini ditamatkan lebih kurang jam 10.00 malam. Sebenarnya peserta-peserta Konvensyen masih kepenatan disebabkan perjalan jauh semasa hendak ke Kota Kinabalu ini.







Thursday, June 13, 2013

Konvensyen MGB Kebangsaan 2013

Bandar Jeselton atau Kota Kinabalu

Salam pada semua ahli Majlis Guru Besar Negeri Sembilan. Seperti yang semua maklum, setiap tahun, MGB Kebangsaan akan mengadakan Konvensyen Tahunan. Begitu juga pada tahun 2013 ini. Negeri bertuah, bandar istimewa yang terpilih tahun ini adalah Kota Kinabalu atau nama lamanya Jesselton. Konvensyen yang dijangka diadakan mulai 23 Jun hingga 26 Jun ini akan dihadiri oleh perwakilan dari semua negeri di Semenanjung dan Sabah serta Serawak.

Bagi Guru Guru Besar yang mungkin tidak pernah berkunjung ke Sabah, inilah masanya untuk berkunjung dan seterusnya mengenali negeri yang terkenal dengan jolokan Negeri Di bawah Bayu ini. Kota Kinabalu ibu Negeri Sabah ini memang amat terkenal dengan keunikannya yang tidak terdapat di mana-mana ibukota lain. Walaupun penulis pernah berkunjung ke Kota Kinabalu lama dahulu iaitu pada tahun 1983, penulis masih ingat dengan pelbagai keunikan Kota Kinabalu. Antaranya ialah Pasar Filifina yang sehingga kini masih hidup dan bakal akan terus hidup mewarnai salah satu kehidupan unik di ibukota Negeri Di Bawah Bayu ini.
Pengunjung di salah sebuah gerai Pasar Filifina

mutiara yang amat terkenal yang terdapat di Pasar Filifina

Jika anda suka mengunjungi pantai, tidak jauh dari Kota Kinabalu Sabah, kawan-kawan boleh mengunjungi Pantai Tanjung Aru dengan pasir memutih di siang hari atau menikmati suasana petang yang sungguh mengasyikan. Sewaktu kunjungan penulis ke Kota Kinabalu kira-kira 30 tahun yang lalu, Tanjung Aru masih belum membangun tidak sepesat pembangunan yang ada pada masa ini. Untuk mencari Chelet atau hotel, memang amat terhad pada masa itu. Tetapi sekarang ini, pertumbuhan hotel dan penginapan amat pesat dan tiada masalah untuk mendapatkannya.

suasana petang di Pantai Tanjung Aru

Begitu juga jika rakan-rakan ingin mengunjungi pulau. Antara pulau yang amat terkenal dan berhampiran dengan Kota Kinabalu adalah Pulau Gaya. 10 minit diperlukan jika berkereta dari KK ke pengkalan untuk Pulau Gaya. Pulau terbesar Taman Merin Tuanku Abdul Rahman ini juga telah pesat membangun jika dibanding semasa lawatan penulis semasa penulis menjadi pelajar Universiti Pertanian Malaysia 30 tahun yang lalu.

Pulau Gaya, Kota Kinabalu

Gaya berasal dari perkataan Bajau "Gayo" yang bermakna besar jesteru Pulau Gaya ini adalah antara pulau-pulau yang terbesar berhampiran Kota Kinabalu. Semasa lawatan penulis dahulu, pulau ini terkenal dengan Rumah Air (rumah yang didirikan di dalam air). Tetapi penulis tidak pasti samada rumah air ini masih wujud atau tidak lagi. Tetapi pada firasat penulis, rumah air ini pasti wujud lagi memandangkan inilah salah satu keunikan Pulau Gaya.

Oh ye. Sebut sahaja sabah, tidak sah kalau tidak sebut Gunung Kinabalu. Sewaktu kunjungan penulis ke Sabah dahulu (sebenarnya misi utama kami adalah untuk menakluki Kinabalu), penulis dan 25 rakan-rakan penulis telah menakluki Gunung Kinabalu. Penulis masih ingat lagi sewaktu itu, penulislah antara 3 orang rakan penulis dari 26 orang kumpulan kami termasuk seorang Pensyarah, Prof Taha Kadir, yang mula-mula menjejaki Low Peak Gunung Kinabalu.

Gunung Tertinggi di AsiaTenggara kelihatan berawan

pendaki menuju Low's Peak, puncak tertinggi Asia Tenggara

Pada Konvensyen MGB Kebangsaan 23 hingga 26 Jun ini, kita semua mungkin tidak berkesempatan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Tetapi rasanya, kita masih berpeluang untuk ke kaki Gunung Kinabalu melihat Pekan Kundasang yang terkenal dengan sayur-sayuran segarnya. Tapi rakan-rakan semua, tengok sayuran segar...memang boleh. Tetapi tidak perlu beli kerana bila dibawa ke Semenanjung nanti, dah layu... nanti orang rumah kata...kita bukan nak sayur layu tapi nak mutiara berkilauan...Ha..Ha..

Pekan Kundasang

Sebenarnya Pekan Kundasang ini telah hampir benar dengan kaki Gunung Kinabalu. Kundasang bukan sahaja terkenal dengan sayur-sayurannya, ianya juga terkenal dengan ladang ternakannya. Tuan/puan juga boleh membeli pelbagai cenderamata dan cenderahati untuk dibawa balik ke semenanjung. 

Begitulah serba sedikit penerangan berdasarkan pengalaman penulis yang mungkin berguna kepada rakan-rakan perwakilan Negeri Sembilan khususnya dan rakan-rakan perwakilan dari semenanjung amnya yang akan ke Kota Kinabalu pada 23 hingga 24 Jun 2013 ini. Selamat berkonvensyen. Ambillah peluang yang ada untuk mengenali Kota Kinabalu dengan lebih bermakna. 

Norman


Sunday, June 2, 2013

Mesyuarat Pertama 1/2013


Bertempat di SK Taman Dusun Nyior Seremban, Mesyuarat Pertama Exco MGB Negeri Sembilan telah diadakan dengan dihadiri oleh 17 jawatankuasa yang berkesempatan. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkenaan penyertaan MGB Negeri Sembilan ke Konvensyen Majlis Guru Besar Kebangsaan di Kota Kinabalu pada 23 hingga 26 Jun ini.

Mesyuarat telah menetapkan seramai 26 dari kalangan Exco telah terpilih untuk menyertai Konvensyen selama 4 hari ini. Semua peserta yang terpilih telah diingatkan agar menyediakan perbelanjaan tambang penerbangan dan sewaan hotel memandangkan tiada pekej yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pelajaran. Namun mengikut keterangan Tuan Haji Kamarolzaman, beliau akan cuba mendapatkan tiket penerbangan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Dalam mensyuarat ini juga telah ditetapkan bahawa Mesyuarat Agong Majlis Guru Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada 3 Jun 2013, iaitu selepas selesai Konvensyen Kebangsaan. Tempat menyuarat juga telah ditetapkan di Royal Bintang, Seremban.

Norman Zainal.